Tuesday, August 18, 2009

Pesta Ikan Buntal Kampung Manggut Spaoh, Betong






18.08.2009 (Selasa) Kampung Manggut. YB Tuan Haji Hamden bin Haji Ahmad, Menteri Muda Hal Ehwal Belia & Menteri Muda Pelancongan, Sarawak merasmikan Pesta Ikan Buntal Kpg. Manggut. Diantara kenamaan lain yang datang pada pagi tadik ialah isteri kepada YB Tuan Haji Hamden, YB Robert Lawson Chuat ADUN N.32 Bukit Saban, YB Dr. Haji Wahbi bin Haji Junaidi ADUN N.30 Saribas, Encik Romie Sigan Daniel-Residen Bahagian Betong, Encik Friday Belik-Pem. Pegawai Daerah Betong semua ketua-ketua jabatan dan dif-dif kenamaan yang sewaktu dengannya.

Perjalanan agak kurang selesa sebab jalan sik berapa nak kacak. Jalan kering berdebu dengan batu-batu...nasib bait k keta AO Roni mun keta aku tek nangissss....Ada macam2 program diadakan...pertandingan memasak ikan buntal, lumba perauk, mukat buntal, karaoke disamping gerai-gerai jualan dan pameran. Rombongan penjawat awam daripada pelbagai jabatan (Jabatan racun Negara, Jabatan Kesihatan, UNIMAS dsbgnya) seramai 30 orang ikut join sekali program ya. Suk dan terpegun benar juak sidak dengan ikan buntal ya...tapi orang spaoh/Betong dah sik heran dah. Sidak datang mok molah research mengenai tahap keberacunan ikan ya.

Bersama dengan ini dikepilkan gambar-gambar semasa aku molah lawatan kerja ke sia pagi tek, tangga jak dirik mpun sia...

No comments:

Post a Comment