Sunday, August 1, 2010

Bulan Melawat Betong

Bulan Julai 2010 telah dipilih sebagai Bulan Melawat Betong. Ia bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung/pelancong tempatan ke Bahagian ini. Pelbagai program dan aktiviti telahpun dilaksanakan dan beberapa lagi akan dilangsungkan tidak lama lagi. Nampak gayanya sokongan masyarakat tempatan di Bahagian ini amat membanggakan. Tidak kurang juga sokongan serta minat pengunjung luar dari Bahagian Betong. Semua program dan aktiviti sarat dengan lautan manusia. Sebagai pengelola, penganjur, urusetia dan petugas semua penat lelah dan tekanan yang selama ini ditanggung hilang melihatkan kegembiraan di wajah-wajah pengunjung yang tiba.

Tidak dinafikan pelbagai kekurangan dan kesilapan berlaku, tetapi ianya bukanlah pematah semangat tetapi diambil sebagai iktibar dan panduan pada masa akan datang. Memang sukar untuk memuas dan menyenangkan hati setiap pihak. Apa yang lebih penting objektif utama sesuatu program itu tercapai. Bertelagah kerana susu tumpah tidak berguna kerana susu itu sudah tumpah. Sudah menjadi kelaziman negatif masyarakat gemar mendengar tukul dan pahat berbunyi selepas rumah siap.

Thanks to all Betongian for your support and attendance. Hopefully kemasukan pengunjung tempatan ke Bahagian Betong akan berterusan pada masa-masa akan datang. Betong have lots to offer.