Monday, August 10, 2009

Bila Debu-Debu Bertaburan....

Bila debu-debu bertaburan...sungai-sungai menyusut menampakkan tebingnya yang kontang... kering diperkosa dek panas kemarau, manusia bertempiaran seperti hilang arah panduan. Bila mentari dan bulan sama merah warnanya dan embun bukan lagi embun yang menyegarkan jerebu tiba menjadi wira menyesakkan dada, menyumbat hidung menyemakkan kewarasan. Air keruh kuning berbau dulu jijik dijuihkan kini ditatang bagai berlian darah... itu tandanya musim itu kembali lagi menjengah...melangkah dan terus menjajah...siapa mahu dipersalah kerana sudah pasti tiada siapa yang ingin mengalah....akhirnya kita semua pasrah dalam keluh kesah dan desah gelisah...

Malam marek sempat gik aku nanga crita Public Enemies. Lakonan hebat Johnny Depp, Christian Bale & Marion Cotillard. Fuhh!...bakat hebat Johnny Depp memang terserlah, beliau memang pelakon character yang berkreadibiliti. Mun pelakon kita mintak mahap laaa mun berlakon jadi Hang Tuah setakat tok Allahyarham Tan Sri P. Ramlee jak yang aku rasa percaya nya ya Hang Tuah yang lain ya Hangpehhhhh.

Public Enemies tok crita pasal geng mafia tahap gaban ganasnya di Chicago suatu zaman era 20an or 30an (I'm not sure, tapi pesen baju ala2 era ya lah) yang diketuai oleh John Dillinger (Johnny Depp) dengan beberapa geng mafia yang lain yang bersaing hebat masa ya. Nak madah betapa hebatnya Dillinger tok even nya masok balai polis pun sorang polis di ngelala and nangkapnya (dalam erti kata lain polis org puteh zaman ya nang blurrr sikit). Pada masa yang sama crita tok mengisahkan betapa kuatnya struggle J.Edger Hoover dalam usahanya untuk menubuhkan pasukan penyiasat elit yang mampu menyiasat kes-kes jenayah melalui kaedah saintifik dan peralatan canggih, nya dibantu oleh penyiasat terror yang bernama Purvis (lakonan mantap Christian Bale). But as usual since tok crita sejarah kita dah tauk akhirnya Dillinger mati di tangan pihak polis and bertitik-tolak daripada ya FBI pun ditubuhkan dimana J.Edger Hoover jadi Pengarah pertamanya.

Pelakon semua best, tapi jalan crita ada boring sikit, macam slow. Sempat gik aku melelapkan mata 1/4 daripada cerita. Tapi overall aku berik crita tok 3 out of 5 bintang. Mun sik sebab kehenseman JD mungkin aku sik nangga sampey abis kot...hehehe

Moral of the story....org jaik (sidak mafia dlm crita tok) respect and backup each other tahap ultraman taro, polis tensen tahap gaban part-part nak nyelesai kes mafia, and sapa jadi bini geng mafia at the end kenak jail and sedih sebab lakinya mati di tembak polis....bye-bye blackbird


No comments:

Post a Comment